Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Dia teropong semua, dia kata Malaysia negara Islam contoh'

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengiktirafan Liga Muslim Sedunia terhadap konsep Wasatiyyah yang diamalkan Malaysia membuktikan negara mempunyai komitmen tinggi dalam menegakkan syiar dan syariat Islam.

Ia sekali gus mematahkan dakwaan sesetengah pihak bahawa Malaysia bukanlah negara Islam dan terlalu longgar dalam komitmennya meningkatkan martabat Islam, kata perdana menteri.

" Bila kita perkenalkan konsep Wasatiyyah itulah salah satu prinsip asas dalam Islam.

"Liga Muslim Sedunia ini bukan orang kita bayar gaji… dia lihat dan teropong semua negara di dunia dan dia kata Malaysia adalah contoh negara Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program sarapan pagi bersama pelajar tahfiz di Madrasah Al-Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah Pondok Tanjung Kapor dekat Jitra hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS