Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
IGP: Tiada permit untuk BERSIH, Baju Merah
Diterbitkan:  Mar 27, 2018 5:57 PM
Dikemaskini: 10:00 AM

Tiada permit yang akan diberikan sama ada kepada himpunan BERSIH atau kumpulan Baju Merah yang bakal berhimpun di hadapan bangunan Parlimen esok,kata Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun.

Bagaimanapun, Fuzi dipetik laporan media berkata pihak polis akan bersiap sedia menghadapi sebarang keadaan.

Menurut beliau kedua-dua pihak tidak memohon permit untuk menganjurkan bantahan.

"Kami akan mengambil tindakan yang bersesuaian dan akan mengawasi keadaan," beliau dilaporkan memberitahu pemberita selepas hadir suatu majlis di Bukit Aman hari ini.

Fuzi menegaskan langkah-langkah keselamatan yang diambil bukan untuk menyebabkan masalah tetapi untuk memastikan keselamatan Parlimen.

Beliau juga memberi jaminan pihak polis akan melakukan 'apa-apa perkara yang wajar' bagi mengawal keadaan.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS