Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DOJ ulangi - Jho Low beli Equanimity guna dana 1MDB
Diterbitkan:  Mar 27, 2018 5:52 PM
Dikemaskini: 10:35 AM

Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sekali lagi mengulangi bahawa usahawan kontroversi Low Taek Jho membeli kapal persiar The Equanimity bernilai AS$250 juta menggunakan dana yang "dicuri dan diselewengkan" dari 1MDB.

"Memang, seperti dakwaan sepanjang aduan (oleh DOJ), Low adalah dalang utama yang mencuri berbilion ringgit dari 1MDB," kata DOJ dalam pemfailan mahkamah semalam.

Ini adalah sebahagian daripada permohonan DOJ kepada Mahkamah Daerah California Tengah untuk mendapatkan perintah supaya melantik kerajaan Amerika Syarikat sebagai penjaga atau kustodian Equanimity.

DOJ juga memohon perintah kepada wakil Low untuk menyerahkan Equanimity kepada jagaan kerajaan agar kapal itu dapat dibawa ke Amerika Syarikat untuk tujuan pelucuthakan.

Dalam pemfailannya, DOJ mendakwa bahawa Low cuba menyembunyikan kapal persiar itu apabila mengetahui bahawa mereka cuba merampasnya. Beliau dikatakan mengarahkan anak kapal supaya mematikan Sistem Pengenalan Automatik (AIS) dan mengelakkan diri daripada Amerika dan sekutunya, Australia dan Singapura.

"Kapten Equanimity diarah ke kawasan lain seperti Vietnam dan Kemboja, di mana Equanimity dianggap 'selamat'.

"Arahan Low itu dipatuhi," kata DOJ.

Jho Low melalui jurucakap pada 28 Februari lalu dilaporkan kesal dengan rampasan asetnya kerana dibuat tanpa sebarang pembuktian.

Katanya, rampasan itu berdasarkan tuduhan salah serta bermotifkan politik.
 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS