Sikap anti-Moscow: Duta Rusia beri amaran risiko 'Perang Dingin'
Duta Rusia ke Australia berkata pada hari Rabu, dunia akan memasuki "situasi Perang Dingin" apabila Barat terus bersikap anti-Moscow sebagai respons terhadap serangan agen saraf terhadap bekas perisik Soviet di Britain.
"Barat perlu memahami bahawa kempen anti-Rusia tidak mempunyai masa depan," kata Duta Rusia Grigory kepada wartawan di Canberra. "Jika ia berterusan, kita akan tenggelam dalam situasi Perang Dingin."
Rusia menafikan terbabit dalam serangan agen saraf pada 4 Mac terhadap bekas perisik Sergei Skripal dan anak perempuannya di England.
Amerika Syarikat dan kerajaan di seluruh Eropah mengusir ramai diplomat Rusia sebagai tindak balas terhadap insiden tersebut.
Logvinov bercakap kepada media pada pagi Rabu susulan susulan tindakan Australia untuk turut mengusir dua diplomat Rusia.
Logvinov menolak dakwaan bahawa Moscow di belakang serangan itu dan berkata Rusia masih belum memutuskan tindak balasnya terhadap tindakan diplomatik oleh negara sekutu British.
- Reuters

