Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Malaysiakini lancar aplikasi semak tempat mengundi baru
Diterbitkan:  Mar 28, 2018 5:26 PM
Dikemaskini: 10:16 AM

Malaysiakini melancarkan aplikasi atas talian percuma untuk membantu pengundi menyemak sama ada kawasan pengundian mereka terkesan dengan persempadanan semula pilihan raya yang dicadangkan SPR.

Aplikasi "Redealination Checker" yang dibangunkan Malaysiakini itu pertama kali diperkenalkan selepas SPR memulakan proses persempadanan semula pada 2016.

Malaysiakini sudah mengemas kini pangkalan data aplikasi itu selaras dengan persempadanan semula terbaru yang dibentangkan di parlimen hari ini.

Bagaimanapun, aplikasi itu tidak dapat memeriksa kawasan pengundi di Sabah dan Sarawak memandangkan persempadanan semula di Sarawak dimuktamadkan sebelum pilihan raya negeri pada 2016 sementara persempadanan semula di Sabah tidak dibentangkan di parlimen hari ini.

Ketika laporan ini ditulis, laman web SPR masih memaparkan kawasan pengundian mengikut sempadan pilihan raya yang lama.

Maklumat ini boleh dimasukkan dalam aplikasi ini yang akan memaparkan sama ada pengundi dipindahkan ke kawasan mengundi lain atau sama ada kawasan pengundiannya sudah berubah.

Pengundi boleh memeriksa status terbaru mereka di tetingkap di bawah. Aplikasi ini juga boleh dicapai melalui pautan ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS