Ejen saraf ditinggal depan pintu rumah bekas perisik Rusia: polis UK
GLOBAL Bekas perisik Rusia Sergei Skripal dan anak perempuannya diracun dengan toksin saraf yang ditinggalkan di pintu depan rumah mereka di England, kata polis anti-keganasan British pada hari Rabu.
Selepas insiden itu, Britain menyalahkan Presiden Rusia, Vladimir Putin atas cubaan pembunuhan itu dan negara Barat telah mengusir sekitar 130 diplomat Rusia.
Rusia menafikan sebarang penglibatan dalam serangan itu dan mengatakan ia mengesyaki perkhidmatan badan rahsia British menggunakan ejen saraf Novichok, yang dibangunkan oleh tentera Soviet, untuk memerangkap Rusia dan mencetuskan histeria anti-Rusia.
"Kami percaya Skripals pertama kali kepada ejen saraf dari pintu depan ruah mereka," kata Dean Haydon, penyelaras kanan polis anti-keganasan Britain.
"Pakar mengenal pasti ejen saraf betkepekatan tertinggi agen saraf, sehingga kini, di pintu depan alamat tersebut," kata Scotland Yard dalam satu kenyataan.
Skripal dan anak perempuannya berusia 33 tahun, Yulia, berada dalam keadaan kritikal sejak ditemui tidak sedarkan diri di bangku umum di bandar Salisbury pada 4 Mac. Seorang hakim British berkata mereka mungkin mengalami kerosakan otak yang kekal.
Percubaan membunuh Skripal, seorang bekas kolonel berusia 66 tahun dalam perisikan tentera Rusia yang mengkhianati berpuluh-puluh ejen Rusia kepada pengintip MI6 Britain, telah menjejaskan hubungan Moscow dengan Barat ke tahap paling rendah selepas Perang Dingin.
Selepas Britain mengusir 23 orang diplomat Rusia, ia berkata ada perisik bekerja di bawah perlindungan diplomatik, Rusia pula bertindak balas dengan mengusir 23 diplomat British. Amerika Syarikat dan negara-negara Barat yang lain, termasuk kebanyakan negara anggota Kesatuan Eropah dan Nato, mengusir lebih dari 100 diplomat.
- Reuters

