Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
IGP: Polis ambil tindakan berhati-hati siasat demo BERSIH

Polis akan meneliti kesalahan penganjur dan peserta BERSIH yang mengadakan perhimpunan di luar bangunan parlimen bagi membantah cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Mohamad Fuzi Harun berkata buat masa ini pihaknya belum memanggil penganjur dan mana-mana peserta BERSIH untuk diambil keterangan.

“Kita kena tengok siapa yang terlibat. Siapa ketuai perhimpunan itu. kalau kita ambil kenyataan bukan-bukan kita akan dituduh macam-macam.

“Kita kena berhati-hati dengan perkara ini untuk pastikan siapa yang terlibat dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Persatuan Isteri-isteri Polis (Perkeb) di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Fuzi turut berkata, perhimpunan yang tidak mempunyai permit itu kini disiasat di bawah Seksyen 9, Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Semalam, NGO itu menganjurkan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum bantahan berkaitan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada wakil Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pintu pagar Parlimen oleh Pengerusi Bersih 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari.

Fuzi turut berkata, terdapat laporan polis berkaitan perhimpunan itu dan setakat ini tiada tangkapan terhadap mereka yang terlibat.

“Kita akan tengoklah apa kesalahan-kesalahan yang dilakukan bawah Seksyen 9 APA 2012. Kita akan ambil tindakan sewajarnya termasuk rakam percakapan kalau diperlukan.

“Banyak proses yang kita kena buat, kita kena bersikap adil kepada semua,” katanya.

 

Lihat Komen
ADS