Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Persempadanan semula diwartakan, kuat kuasa mulai hari ini
Diterbitkan:  Mar 29, 2018 6:25 PM
Dikemaskini: 10:39 AM

Laporan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi semenanjung dan Wilayah Persekutuan yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam telah diwartakan sebagai undang-undang.

Ia akan dikenali secara rasmi sebagai Perintah Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya) (Negeri-negeri Tanah Melayu) 2018.

Perintah itu akan mula berkuat kuasa mulai hari ini.

“Syor-syor yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya Pilihan Raya bertarikh 6 Mac 2018 hendaklah berkuat kuasa dari tarikh perintah ini mula berkuat kuasa,” menurut warta kerajaan itu.

Semalam parlimen tegang – di dalam dan luar dewan – susulan protes terhadap amalan yang didakwa berat sebelah itu.

Menyaksikan pelbagai drama, termasuk demonstrasi dan anggota parlimen pembangkang dihalau dewan, ia akhirnya lulus dengan undian 129 menyokong berbanding 80 menentang.

Kerajaan tidak memerlukan sokongan dua pertiga parlimen atau pindaan perlembagaan kerana cadangan itu tidak melibatkan pertambahan kerusi parlimen.

Lihat Komen
ADS