Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis datang ke pejabat BERSIH, Suaram
Diterbitkan:  Mar 30, 2018 12:34 PM
Dikemaskini: 6:00 AM

Dua pegawai polis muncul di premis BERSIH dan kumpulan hak asasi manusia Suaram di Petaling Jaya pagi ini.

Malaysiakini difahamkan anggota berkenaan ingin merekodkan kenyataan berkaitan siasatan mereka terhadap protes yang diadakan di luar Parlimen pada Rabu.

Bantahan itu dibuat terhadap pembentangan laporan persempadanan semula pilihan raya di parlimen.

Polis ingin menyoal siasat Pemangku Pengerusi BERSIH, Shahrul Aman Mohd Saari, pengarah eksekutif Yap Swee Seng, ahli jawatankuasa pemandu Mandeep Singh dan penyelaras Suaram, Amir Abdul Hadi.

Selepas rundingan, pegawai polis berkenaan meminta empat individu tersebut hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk kenyataan mereka direkodkan.

Rundingan dengan polis

Selain Yap dan Mandeep, Shahrul dan Amir tidak berada di pejabat ketika kehadiran anggota polis berkenaan.

Yap, yang berurusan dengan pegawai polis itu berkata mereka disiasat di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memerlukan notis 10 hari sebelum perhimpunan bermula.

"Saya beritahu mereka untuk beri notis (siasatan) di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah, tetapi dia menolak dan menegaskan tidak perlu memberi notis itu," katanya.

Di bawah Seksyen 111 menyatakan seseorang pegawai polis memerlukan arahan bertulis sebelum memanggil saksi untuk disoal siasat.

Ketiga-tiga mereka sanggup bekerjasama untuk memberi keterangan dengan polis tetapi bukan dalam kehadiran secara mengejut seperti itu, katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS