Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah AS perintah Starbucks letak amaran kanser
Diterbitkan:  Mar 30, 2018 6:10 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

GLOBAL | Hakim di Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS) memutuskan Starbucks Corp dan penjual kopi lain harus meletakkan amaran barah untuk kopi yang dijualnya.

Keputusan itu dibuat susulan saman sebuah kumpulan tidak bermotifkan keuntungan yang kurang dikenali terhadap 90 penjual kopi, termasuk Starbucks, lapor Reuters.

Kumpulan itu mendakwa kedai-kedai berkaitan melanggar undang-undang California yang mensyaratkan syarikat memberi amaran kandungan kimia yang boleh menyebabkan barah dalam produk.

Salah satu bahan kimia itu dilaporkan adalah akrilamida, produk sampingan hasil daripada pemanggangan biji kopi yang banyak dalam kopi yang disediakan.

Menurut dokumen mahkamah, Hakim Mahkamah Atasan Los Angeles Elihu Berle dalam keputusan Rabu lalu berkata Starbucks dan syarikat-syarikat lain gagal menunjukkan tiada risiko ketara daripada karsinogen yang dihasilkannya daripada proses pemanggangan.

Starbucks enggan mengulas perkara itu dan merujuk kenyataan Persatuan Kopi Kebangsaan (NCA) bahawa industri itu mempertimbangkan rayuan dan tindakan undang-undang lanjut.

“Label amaran barah pada kopi mungkin tersasar.

“Panduan Diet Kerajaan AS berkata kopi sebahagian daripada gaya hidup sihat,” kata NCA.

Lihat Komen
ADS