Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bacaan ke-2 RUU antiberita palsu lulus, PAS sokong
Diterbitkan:  Apr 2, 2018 6:14 PM
Dikemaskini: 10:34 AM

PARLIMEN | Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar 2018 dengan undian 123 menyokong dan 64 menolak petang tadi.

Menariknya, akta tersebut mendapat sokongan pihak pembangkang memandangkan kesemua 11 Anggota Parlimen PAS yang hadir mengundi menyokong RUU tersebut.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) tidak kelihatan semasa pengundian berlangsung.

Di antara dua MP bebas, Sim Tong Hin (Bebas-Kota Melaka) mengundi menolak sementara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) menyokong RUU itu.

Blok MP Pakatan Harapan (HARAPAN) bersama-sama MP PSM dan WARISAN mengundi menolak RUU tersebut.

'PAS mangsa berita palsu'

Difahamkan dua MP daripada DAP dan PKR tidak hadir. Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz (DAP-Raub) sedang cuti sakit manakala empat orang MP DAP digantung.

Ketika perbahasan RUU itu, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) mengadu partinya menjadi mangsa berita palsu.

Minggu lalu, laporan persempadanan semula SPR diluluskan dengan 129 menyokong dan 80 menolak sempadan baru itu.

Pada ketika itu, kesemua 10 MP PAS yang hadir mengundi menolak persempadanan semula SPR, sementara Abdul Khalid mengundi menyokongnya.

Lihat Komen
ADS