Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Sah! BERSATU dibubarkan
Diterbitkan:  Apr 5, 2018 3:02 PM
Dikemaskini: 10:58 AM

Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diasaskan bersama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dibubarkan sementara.

Arahan yang dibuat di bawah Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan itu berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim mengumumkan perkara itu semasa sidang akhbar di ibu pejabat ROS di Putrajaya petang ini.

BERSATU mendakwa parti itu telah menyerahkan semua dokumen berkaitan yang diminta oleh ROS sebelum akhir bulan Mac.

Malah, dokumen tambahan dihantar oleh Setiausaha Penganjur BERSATU Kapten (B), Muhamad Suhaimi Yahya pada 29 Mac.

Parti serpihan Umno yang dibentuk pada tahun 2016 itu menghadapi masalah dengan ROS berhubung mesyuarat agung tahunannya yang diadakan pada bulan Disember tahun lalu.

Terdapat persoalan mengenai bagaimana mesyuarat agung di peringkat nasional diadakan sebelum cawangan dan bahagian berbuat demikian.

Pada bulan Februari, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa perlembagaan BERSATU menetapkan bahawa cawangan hanya perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) setahun selepas dibentuk.

Ditanya mengenai penjelasan Muhyiddin, Suriyati berkata ROS tidak membuat keputusannya berdasarkan "tafsiran peribadi".

"Tafsiran ROS perlu diguna pakai bukan tafsiran sendiri. ROS bertindak tanpa mana-mana pihak," katanya.

Bukan bermotif politik

Beliau menafikan langkah ROS adalah bermotif politik dan berkata keputusan itu dibuat berdasarkan "fakta yang ROS ada".

Suriyati berkata ROS sebaliknya menerima 428 aduan daripada ahli Bersatu yang tidak berpuas hati dengan

"Ahli tidak puas hati cara parti mengendalikan, contohnya mesyuarat-mesyuarat atau dokumen-dokumen yang sepatutnya diedarkan dengan ahli. Contoh mereka guna perkataan Armada wahal dalam perlembagaan parti tidak wujud perkataan itu maka ahli rasa confuse dengan keadaan itu.

Maksudnya kepimpinan tidak dapat menerang dengan baik kepada ahli," kata Suriyati.

Sementara itu, Suriyati menambah status BERSATU itu bermakna permohonan Pakatan Harapan untuk mendaftarkan gabungan tidak dapat diproses.

"Maksudnya permohonan PH tidak dapat diproses. Proses tidak dapat diteruskan," katanya.

 

Lihat Komen
ADS