Sorotan manifesto BN
Diterbitkan: Apr 7, 2018 11:01 PM | Dikemas kini: Apr 7, 2018 11:24 PM
MANIFESTO BN | Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak malam ini mengumumkan manifesto BN sempena pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Pengumuman yang dibuat di Stadium Bukit Jalil itu menyaksikan beberapa cadangan baru, selain penerusan rancangan-rancangan kerajaan sebelum ini.
Berikut merupakan sorotan kandungan manifesto setebal 220 muka surat itu mengikut beberapa kategori:
Kos sara hidup
- Gaji minima ditingkatkan kepada RM1,500 dalam lima tahun
- Pas pengangkutan awam tanpa had untuk pelajar, belia bekerja, warga emas dan OKU sebanyak RM50-RM150
- Memperkenalkan kadar dividen berperingkat untuk unit PNB, Tabung Haji, LTAT, dll (kecuali KWSP) agar agihan lebih adil
- Menurunkan had kadar faedah dan caj lewat bayar kad kredit
- Mengurangkan kos langganan jalur lebar 50% dan gandakan kelajuan
- Meningkatkan bantuan musim tengkujuh untuk pekebun kecil getah
- Meminimakan pembabitan orang tengah dalam hasil tani dan perikanan
- Memperluaskan dana Skim Bantaun Tani dan penanaman semula untuk pekebun kecil kelapa sawit, getah, koko dan kenaf
- RM222 juta bantuan khas untuk peneroka Felcra, Kesedar dan Ketengah
Kebajikan
- BR1M berlandaskan perilaku penerima seperti penglibatan dalam latihan kemahiran dan memastikan anak diimunisasikan
- Bantuan 'one-off' RM1,500 kepada anak penerima BR1M yang masuk universiti
- Menaikkan geran sepadan untuk Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysain (SSPN) kepada RM1,000
- Meningkatkan bantuan RM500 untuk bayi baru lahir di bawah program ADAM50
- Tujuh hari cuti tahunan bagi golongan ibu untuk menjaga anak-anak yang sakit
Felda
- Insentif RM5,000 untuk setiap peneroka Felda
- Geran tanam semula RM7,500/hektar untuk peneroka Felda
- Melupuskan hutang pembelian saham FGV untuk peneroka Felda
- RM300 juta untuk perlupusan hutang luar biasa untuk peneroka Felda
- RM300 juta untuk mewujudkan komuniti pintar dan eknomi setempat di bawah Felda 2.0.
Cukai
- Menyemak semula kadar cukai pendapatan individu dan korporat
- Melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk pemulihan projek perumahan terbengkalai
- Kadar pelepasan cukai pendapatan untuk kos perubatan ibu bapa dinaikkan dari RM5,000 keapda RM10,000
- Pengecualian cukai bagi pendapatan dari penyewaan rumah
Pendidikan
- Memperkenalkan kad diskaun untuk pelajar
- Menambah jumlah subjek dalam Program Dwibahasa (DLP)
- Memperkenalkan sekolah beraliran Inggeris di Sabah dan Sarawak sebagai projek rintis
- Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dinaik taraf menjadi Universiti P Ramlee.
- Mewujudkan universiti al-Quran
Keselamatan
- Menambah pos kawalan dan sistem pemantauan di sempadan Malaysia
- Meingkat kemampuan kuasa persenjataan dalam Esszone
- Menubuhkan Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC)
- Menubuh Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman
- Menambah jumlah CCTV HD
Negara
- Perjanjian Malaysia 1963 akan dipenuhi berdasarkan konsensus
- Tiada kategori "lain-lain" dalam borang atas talian kerajaan
- Menubuhkan jawatankuasa untuk memperkasa mahkamah syariah
- Meningkatkan penglibatan bukan bumiputera dalam perkhidmatan awam dan universiti awam
- Menghapuskan harga berbeza untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah-Sarawak.
- Memperkasa komuniti Dayak dan Kadazandusun
- Menyiapkan MRT3, LRT3, KL-SIngapura HSR, dll.
Pentadbiran cekap
- Memperkenalkan Akta Pembiayaan Politik
- Memperkenalkan petisyen awam yang mewajibkan jawapan kerajaan jika mempunyai lebih daripada 30,000 penanda tangan atas talian.
- Menubuhkan badan rasmi yang akan menyiasat dakwaan layanan tidak adil oleh agensi kerajaan.
- Mesyuarat majlis tempatan akan disiarkan di televisyen dan laporan audit akan dibuka untuk umum.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.