Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khidmat Apandi dilanjut 3 tahun lagi
Diterbitkan:  Apr 8, 2018 12:29 PM
Dikemaskini: 4:32 AM

Tempoh perkhidmatan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah disambung untuk tiga tahun lagi, sehingga 2021.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, ia disahkan oleh Apandi menerusi WhatsApp.

"Ya, saya boleh sahkan. Maaf lambat balas sebab tunggu pengesahan secara bertulis," katanya seperti dipetik.

Apandi adalah peguam negara kesembilan. Beliau dilantik pada 27 Julai 2015 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang ditamatkan perkhidmatannya.

Pada masa itu, kerajaan bertegas khidmat Abdul Gani tidak disambung atas faktor kesihatan namun spekulasi mengatakan ia ekoran beliau telah hampir selesai menyiasat skandal 1MDB dan 'derma' RM2.6 bilion.

Apandi, 68, memulakan kerjaya sebagai majistret di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada 1973. Jawatan terakhirnya sebelum menjadi peguam negara adalah Hakim Mahkamah Persekutuan.
 

Lihat Komen
ADS