Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Janji BN: Hari ini menang, esok serah stadium S Alam

BN Selangor berjanji berjanji akan menyerahkan Stadium Shah Alam kepada pasukan Red Giant pada keesokan harinya, sekiranya berjaya menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-14

Malah, ketika melancarkan Manifesto BN Selangor hari ini, Pengerusinya Tan Sri Noh Omar turut berjanji akan menyerahkan semula kompleks belia di Seksyen 7, Shah Alam kepada Majlis Belia Selangor.

"Kita menang hari ini, esok Stadium Shah Alam kita serah semula pada pasukan Red Giant.

"Begitu juga dengan kompleks belia. Hari ini belia menjadi pelarian. Bila kita menang, Kompleks Belia Seksyen 7 kita akan serah pada Majlis Belia Selangor," kata Noh sambil menerima tepukan gemurah daripada kira-kira 2,000 hadirin di Shah Alam.

Sebelum ini wujud konflik antara kerajaan negeri dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berhubung isu penggunaan stadium negeri oleh pasukan bola sepak negeri berkenaan.


Selain itu, ketika pelancaran itu juga Noh berkata pihaknya turut berjanji akan menyelesaikan isu air di Selangor seperti yang dijanjikan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak ketika melancarkan manifesto gabungan itu semalam.

Selain itu, kata Noh lagi, pelbagai masalah timbul di Selangor juga timbul ekoran kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan hanya pandai berjanji namun tidak pandai mengurus tadbir pelbagai isu yang melanda negeri berkenaan.

"Nak urus air pun tak pandai, urus sampah pun tak pandai, urus Stadium Shah Alam pun tak pandai, urus kompleks belia pun tak pandai, urus Yayasan Selangor pun tak pandai, Unisel pun tak pandai, urus masalah denggi pun tak pandai.

"Kerana apa (tak pandai)? Kerana (kerajaan negeri) nak tunjuk pandai.

"Sebab itu hari ini manifesto kita mempunyai lima matlamat utama, 10 program Selangor yang lebih baik dan 100 inisiatif yang memfokuskan pelbagi isu," kata Noh lagi.

Manakala itu, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Datuk Seri Azmin Ali ketika mengulas tawaran BN tersebut berkata beliau tidak kisah dengan janji menyerahkan Stadium Shah Alam itu.

"Tak ada benda lain ke dia nak offer pada rakyat?

"Kamu tahu rakyat menderita akibat kenaikan kos sara hidup? (Misalnya) Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Tapi kalau itu yang ditawarkan, saya tidak kisah.

"Saya fikir rakyat Selangor merasai manfaat daripada dasar-dasar kami, jadi saya yakin mereka akan terus berikan sokongan kepada Pakatan Harapan di dalam PRU14," kata Menteri Besar (kerajaan sementara) Selangor itu lagi.

Lihat Komen
ADS