Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR tetapkan tarikh mengundi Rabu, 9 Mei
Diterbitkan:  Apr 10, 2018 12:16 PM
Dikemaskini: 4:47 AM

Penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-14 ditetapkan pada Sabtu, 28 April manakala tarikh mengundi pula adalah pada hari Rabu, 9 Mei.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah di ibu pejabatnya di Putrajaya.

Dengan itu, tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari, berbanding 15 hari pada PRU13.

Writ pilihanraya pula akan dikeluarkan pada 11 April ini kepada pegawai pengurus (RO) pilihan raya bagi menggariskan tugas mereka pada hari penamaan calon dan hari mengundi.

Berdasarkan daftar pemilih Suku Keempat 2017, sebanyak 14,940, 624 pemilih layak mengundi pada PRU-14 kali ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong mengumumkan pembubaran parlimen pada 7 April lalu bagi memberi laluan kepada apa yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya.

Pilihan raya kali ini akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru besar-besaran antara BN, Pakatan Harapan dan PAS.

Lihat Komen
ADS