Negaraku ciplak dari lagu Hawaii?
Stesen radio ERA diminta menghentikan spekulasi kononnya melodi Lagu Negaraku diciplak daripada sebuah lagu dari Hawaii.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim sambil menafikan dakwaan itu berkata, sebagai sebuah stesen radio swasta yang diminati ramai, ERA sepatutnya lebih peka terhadap sensitiviti awam sebelum menyiarkan lagu yang dikatakan versi asal lagu kebangsaan.

Beliau berkata tindakan stesen radio itu meminta pandangan pendengar selepas memutarkan lagu itu dalam sebuah program pagi kelmarin adalah tidak wajar.
"Ini merupakan satu langkah rambang yang tidak menguntungkan negara selepas kita merdeka hampir 50 tahun...apa tujuannya, apa motifnya?" soal beliau ketika ditemui media di bangunan Parlimen.
Beliau diminta mengulas kewajaran tindakan stesen radio itu yang menyiarkan program khas termasuk menyiarkan lagu asal yang melodinya sama dengan Negaraku bagi mendapat pandangan pendengar selama sejam bermula dari pukul 7.30 pagi.
Program itu yang dikendalikan oleh dua deejay ERA mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuk yang melahirkan rasa terkilan dan malu kerana Negaraku disadur daripada lagu "Mamula Moon".
Menurut laporan Bernama, Rais berkata walaupun isu itu berada di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan, kementeriannya akan menyiasat kebenaran dakwaan itu.
Untuk memuatturun lagu Memula moon, sila klik