story image

Nama Tan Sri Isa Samad mendapat reaksi ribuan pemandu teksi yang hadir di sebuah program di Serdang hari ini.

Sorakan 'boo' didengar setiap kali Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri menyebut nama pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu dalam ucapannya.

Pemandu-pemandu teksi itu juga bersorak apabila Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memetik nama Isa dalam ucapannya.

Bagaimanapun terdapat juga pihak yang menyorak bagi menyatakan sokongan pada Isa.

Isa sebelum itu menjadi tetamu dalam program kerajaan bagi menyerahkan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang mengandungi nilai RM800 untuk pembelian petrol atau gas asli (NGV) di stesen minyak Petronas kepada 67,0000 pemandu teksi seluruh negara.

Lagi berita dari pengarang :
Lihat Komen (0)
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS