Menteri Luar Thai putus hubungan dengan Malaysia

   

Terjemahan Menteri Luar Thailand berkata, beliau telah berhenti berhubung dengan Malaysia ekoran perang mulut antara kedua-dua negara berhubung 131 pelarian Islam Thailand ke Malaysia baru-baru ini.

Kantathi Suphamongkhon memberitahu media bahawa dia telah memutuskan hubungan dengan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Syed Hamid Albar sejak rakan sejawatannya itu mengeluarkan kata-kata yang kurang enak hujung minggu lalu.

" Selama ini kami sentiasa berhubung dan memahami antara satu sama lain, tetapi apabila beliau bercakap dengan akhbar, sikapnya berubah," katanya.

Agensi berita AFP melaporkan, Kantathi berkata, hubungan yang ada dengan Malaysia kini hanya di peringkat rendah sahaja dan Thailand mahu Malaysia membaiki semula hubungan menerusi saluran diplomatik.

Menteri Luar Thailand itu menegaskan, " kata-kata tidak sesuai" dinyatakan oleh Syed Hamid ketika beliau mempertahankan hak Malaysia mengkritik Thailand.

" Mengapa perlu Syed hamid mengeluarkan kata-kata itu? Dia sepatutnya berkerjasama dan bertukar pendapat untuk menyelesaikan masalah berkenaan," kata Kantathi.

Hubungan Malaysia dan Thailand renggang sejak 131 plarian Islam Thailand menyeberangi sempadan bagi menyelamatkan diri daripada tindakan ketenteraan pihak berkuasa negara itu.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila sekumpulan aktivis Malaysia melancarkan kempen memboikot produk-produk Thailand.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In