Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

PRU14 | Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mampu berbuat apa-apa untuk meneruskan pembangunan yang menguntungkan rakyat di Langkawi sekiranya beliau menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) , 9 Mei ini.

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata bekas perdana menteri itu tidak mempunyai asas kukuh seperti kerajaan yang dibentuk Barisan Nasional (BN) selama ini yang sebenarnya merupakan kuasa yang membolehkan pembangunan dilaksanakan di pulau bebas cukai ini.

“Kalau sudah menjadi wakil rakyat pembangkang, bagaimana nak menolong? Menang pun untung dia sahaja. Dia yang dapat gaji yang dapat elaun (sebagai Ahli Parlimen),” katanya selepas merasmikan Program Pakat Mai Langkawi anjuran Tourism Malaysia di Pantai Tanjung Rhu, di Langkawi malam ini.

Beliau mengulas keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk meletakkan Dr Mahathir sebagai calon mereka di kerusi Parlimen Langkawi dalam PRU14 ini.

Nazri berkata keputusan ini juga membuktikan bahawa Dr Mahathir memungkiri pesanannya sendiri yang tidak mahu masyarakat Melayu yang menjadi kumpulan majoriti di Langkawi berpecah belah.

 

-Bernama
 

Lihat Komen
ADS