Rakyat banjiri Putrajaya
Orang ramai mula membanjiri Putrajaya seawal pukul 9 pagi tadi sebaik sahaja mendengar berita kematian isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood. Bahu jalan menuju ke Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri dipenuhi kenderaan hingga menyebabkan kesesakan.
Antara yang terawal tiba menziarahi jenazah Allahyarham ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Timbalan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, menteri-menteri kabinet seperti Datuk Seri Hamid Albar, Tan Seri Muyiddin Yassin, Datuk Safie Apdal dan Datuk Seri Sheikh Fadzir.

Orang-orang kenamaan serta wakil perwakilan asing turut menziarahi buat kali terakhir jenazah Allahyarham.
Semua majlis rasmi kerajaan dibatalkan hari ini. Sidang parlimen juga ditangguhkan hingga Isnin depan.
Suami tabah
Suasana sedih menyelubungi Sri Perdana. Abdullah yang berpakain baju Melayu biru nampak tenang tetapi sekali sekala kelihatan menitiskan air mata apabila menerima ucapan takziah dari para pelawat.
Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan Allahyarham seorang isteri yang penyayang.
" Kita semua akan merindui beliau," ujarnya.
"Abdullah pula menjadi tonggak kabinet walaupun menghadapi saat-saat yang sukar. Beliau sangat tenang dan sabar,"tambah Syed Hamid lagi.
Ucapan takzih juga diterima dari para pemimpin serantau termasuk Thailand walaupun hubungan antara kedua-dua negara agak renggang kebelakangan ini.
Timbalan Perdana Menteri Thailand, Surakiart Sathirathai akan menghadiri majlis pengkebumian manakala Singapura menghantar perwakilan yang diketuai oleh Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong dan Presiden SR Nathan.
Presiden Filipina, Gloria Arroyo dan Menteri Luarnya, Alberto Romulo turut hadir.