Perginya 'wanita pertama' berjiwa rakyat
Datin Seri Endon Mahmood adalah anak perempuan kembar kepada pasangan Datuk Mahmood Ambak dan Datin Mariam Abdullah.
Datin Seri Endon Mahmood adalah anak perempuan kembar kepada pasangan Datuk Mahmood Ambak dan Datin Mariam Abdullah.
Dilahirkan pada 24 Disember 1940. Beliau telah mendapat pendidikan pertama di St. Mary Secondary Girl's School, Kuala Lumpur. Selepas tamat persekolahan, beliau telah berkhidmat dengan kerajaan sehingga bersara pada tahun 1976.
Datin Seri Endon telah berkahwin dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 1965 dan dikurniakan dua cahayamata iaitu Kamaludin dan Nori serta empat orang cucu.
Datin Seri Endon banyak mencurahkan masanya untuk aktiviti kemasyarakatan, tugas-tugas sukarela dan kebajikan terutamanya untuk kanak-kanak dan kaum wanita. Di antara projek kebajikan beliau termasuklah:
- The Bosnia Relief Fund
Datin Seri Endon merupakan Yang DiPertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI). Beliau juga menjadi Pengerusi kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG). Beliau juga menjadi Penaung kepada beberapa badan seperti berikut:
- Penaung Persatuan Kesihatan Mesra Kanak-kanak Malaysia
Datin Seri Endon memberikan khidmat kepimpinan yang cemerlang kepada semua aktiviti kebajikan dan sosial sepanjang penglibatannya. Selain daripada kerja-kerja kebajikan, Datin Paduka Seri juga adalah penyokong utama industri kraftangan dan bersedia memperomosikan seni kraftangan khususnya batik.
Beliau juga mempunyai koleksi peribadi pakaian-pakaian tradisional, artifak-artifak seni dan barangan perhiasan dalaman rumah.
Datin Seri telah menerima beberapa anugerah dan pingat kebesaran iaitu:
- Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K)
Anugerah lain yang diterima beliau ialah Ijazah Doktor Kehormat Kemanusiaan pada konvokesyen ke33 Universiti Teknologi Malaysia. Datin Paduka Seri juga telah dianugerahi Pingat Emas Tun Fatimah sempena sambutan Hari Wanita tahun 2004 oleh NCWO.

