Hasrat seorang Anggota Exco Pemuda Umno untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datin Seri Endon Mahmod tidak tercapai apabila dia terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia.

Mat Mazlan Abu terbunuh dalam kemalangan di persimpangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang.

Menurut laporan Bernama, kenderaan yang dinaiki Mat Mazlan yang dalam perjalanan ke Putrajaya kemalangan pada pukul 8.30 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Pemuda Umno, Isa Nikmat berkata, jenazah Mat Mazlan dibawa pulang untuk dikebumikan di kampungnya, di kampung Parit Jarum, Bukit Gambir, Muar.

Mat Mazlan, 41, yang juga Timbalan Pengerusi Biro Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Pergerakan Pemuda Umno meninggalkan seorang isteri, Mastura Salleh dan lima orang anak.

Beliau turut memegang jawatan Ketua Pemuda Umno bahagian Pasir Gudang, Johor.

Nota Editor: Berita ini dipetik dari Bernama. Mat Mazlan dalam perjalanan menghadiri mesyuarat di Shah Alam tetapi mengubah haluan ke Putrajaya setelah mendengar berita kematian Datin seri Endon manhood.