Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
D.A.P. - Dapat Aku Punya, kata Utusan
Diterbitkan:  Apr 19, 2018 3:33 PM
Dikemaskini: 7:41 AM

Pengumuman Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming bakal dilantik sebagai menteri adalah pelik dan membuktikan bahawa DAP sebenarnya berkuasa dalam gabungan Pakatan Harapan, kata satu analisis di akhbar, Utusan Malaysia.

Dalam sebuah artikel oleh Herman Hamid hari ini, penulis berkata komposisi kabinet adalah kuasa preorogatif atau budi bicara perdana menteri yang lazimnya diputuskan secara konsensus antara gabungan parti terlibat.

“Memang bukan Guan Eng atau Kit Siang jadi perdana menteri, malah nombor 2 pun bukan, tetapi dengan apa yang berlaku di Teluk Intan, tahulah siapa yang telah dicucuk hidung.

“Malah ini belum menang lagi pilihan raya umum, kalau sudah jadi kerajaan nanti, memanglah, Dapat Aku Punya (DAP),” tulis Herman.

Guan Eng dilaporkan berkata demikian semasa mengumumkan pencalonan Nga untuk kerusi Parlimen Teluk Intan pada 16 April lalu. Nga dijadualkan berdepan dengan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Mah Siew Keong yang juga adalah presiden Gerakan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS