Berita Malaysiakini

BERSATU tanding 10 parlimen, 18 DUN di Johor

Lu Wei Hoong  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

PRU14 | Ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor bagi mengumumkan calon pilihan raya umum (PRU) ke-14 menarik kira-kira 4,000 hadirin.

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) bagaimanapun mendakwa kehadiran melebihi 10,000.

Antara pemimpin HARAPAN yang hadir adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu, Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli, M Kulasegaran, dan Liew Chin Tong.

Sebelum pengumuman itu, klip video tentang sumbangan Muhyiddin kepada Pagoh ditayangkan dan menerima tepukan hadirin.

Risalah mengecam pemimpin Umno termasukan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Puad Zarkashi turut diedarkan kepada khalayak.

Dalam program itu, BERSATU mengumumkan akan bertanding 10 kerusi parlimen dan 18 kerusi negeri di Johor pada PRU akan datang.

Senarai calon BERSATU mengikut kawasan adalah seperti berikut:


Parlimen:
1. Muar: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
2. Sri Gading: Shahruddin Md Salleh
3. Simpang Renggam: Maszlee Malik
4. Mersing: Nasir Hashim
5. Tenggara: Norjepri Mohamed Jelani
6. Kota Tinggi: Azlinda Abd Latif
7. Pengerang: Norliza Ngadiman
8. Pontian: Karmaine Sardini
9. Tanjung Piai: Md Farid Md Rafik
10. Pagoh: Muhyiddin Yasin

DUN:
1. Buloh Kasap: Norsamsu Mohd Yusof
2. Tenang: Mohd Solihan Badri
3. Sri Medan: Mohd Ajib Omar
4. Semarang: Zais Mohd Akil
5. Parit Raja: Ferdaus Kayau
6. Kahang: Noorlihan Ariffin
7. Endau: Norul Haszarul Abu Samah
8. Panti: Jawahir Husein
9. Puteri Wangsa: Mazlan Bujang
10. Permas: Che Zakaria Mohd Salleh
11. Larkin: Mohd Izhar Ahmad
12. Kempas: Osman Sapian
13. Bukit Permai: Tosrin Jarvanthi
14. Benut: Najwa Halimah Abdul Alim
15. Bukit Kepong: Sahrudin Jamal
16. Bukit Pasir: Pizi Jihat
17. Machap: Ahmad Ahem
18. Gambir: Muhyiddin Yasin