Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ahli kena pecat akan failkan dakwaan menghina ke atas Umno
Diterbitkan:  Apr 21, 2018 2:23 PM
Dikemaskini: 6:28 AM

Seramai 16 anggota Umno yang mengambil tindakan mahkamah, antara lain bagi memohon pembubaran parti itu, semalam akan memfailkan prosiding menghina dan mencabar pemecatan mereka, kata peguam, Haniff Khatri Abdulla.

Haniff dalam satu kenyataan berkata tindakan yang difailkan oleh 16 anggota parti itu adalah berdasarkan bahawa Majlis Tertinggi Umno telah melanggar Perkara 10.16 perlembagaan parti dengan menangguhkan pemilihan parti sehingga tahun depan.

"Sekarang, apabila 16 orang ini mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Umno ke mahkamah, perlembagaan parti yang sama dicabuli oleh Majlis Tertinggi Umno kini digunakan untuk mewajarkan mereka memecat ahlinya," kata Haniff.

Beliau juga menyifatkan keputusan yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai “arbitari dan tidak adil.”

"Tambahan pula, tindakan Umno ini ibarat cuba campurtangan dengan keadilan.

"Walaupun mempunyai pengetahuan mengenai tindakan itu dan bahawa 16 anggota berkenaan memohon perintah supaya mahkamah memaksa ROS untuk menggantung semua aktiviti Umno sehingga kes permohonan semakan kehakiman selesai, parti itu bertindak memecat mereka," kata Haniff.

Menurut peguam itu, tindakan berkenaan adalah jelas perbuatan menghina dan penganiayaan yang secara terang-terangan .

Beliau seterusnya berhujah bahawa saman mahkamah yang dikemukakan masih tetap sah kerana ROS dinamakan sebagai responden utama dan dua tuntutan pertama mereka kepada mahkamah dibuat terhadap ROS, sementara Umno dinamakan sebagai responden kedua.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS