Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PRU14 l Dalam satu keputusan yang mengejutkan, BN menggugurkan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Mohd Puad Zarkashi sebagai calon di Johor.

Ahli Majlis Tertinggi Umno sebelum ini disebut-sebut akan dicalonkan di kerusi parlimen Batu Pahat. Beliau adalah ketua Umno bahagian Batu Pahat.

Sebaliknya, BN menamakan Ketua Wanita Umno bahagian Batu Pahat, Haliza Abdullah, sebagai calonnya.

Pada pilihan raya umum ke-13, Puad kalah tipis kepada calon PKR, Mohd Idris Jusi dengan hanya kekurangan 1,732 undi.

Menurut akhbar The Star, terdapat spekulasi di kalangan penduduk tempatan bahawa Puad mungkin mempertimbangkan menjadi calon Bebas dan bertanding di kerusi Parlimen Batu Pahat dan kerusi DUN Senggarang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS