Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kadir: Tak betul IKATAN keluar Gagasan Sejahtera
Diterbitkan:  Apr 24, 2018 9:06 AM
Dikemaskini: 1:09 AM

Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) menafikan mahu keluar daripada gabungan pembangkang Gagasan Sejahtera bersama PAS.

Presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir juga menjelaskan tiada sebarang pertelingkahan antara parti komponen dalam Gagasan Sejahtera, lapor Harakahdaily.

“Ringkasnya saya tahu dalam Gagasan Sejahtera ini kami tidak ada sebarang masalah dari segi rebutan kerusi dan sebagainya. Kami bersatu hatilah dalam Gagasan Sejahtera.

“Saya terbaca jugak dalam Youtube bahawa Ikatan keluar dari Gagasan Sejahtera kerana berebut kerusi dan sebagainya. Semuanya tak betul, tak betul ya. Kadang-kadang benda tu jadi tersebar luas jadi saya terpaksa menafikanlah,” beliau dipetik sebagai berkata.

Akhbar web PAS itu melaporkan Kadir berkata demikian dalam sidang media selepas program Pelancaran Dokumen Malaysia Sejahtera di sebuah hotel di Putrajaya, malam tadi.

Sementara itu, Kadir juga dilaporkan PAS menawarkan beberapa kerusi kepada parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum 9 Mei ini.

Bagaimanapun, katanya, mereka beberapa kerusi atas alasan tidak bersedia.

Laporan itu tidak menyebut secara khusus kerusi-kerusi itu.

Turut serta pada sidang media itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Lihat Komen
ADS