Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tugu China di pulau buatan Laut China Selatan

GLOBAL | China melancarkan tugu untuk menandakan kerja-kerja pembinaannya di Laut China Selatan yang dipertikaikan, yang termasuk menambak tanah untuk pulau buatannya, kata akhbar rasmi tentera China pada hari Selasa.

Kerja-kerja pembinaan China membimbangkan negara jirannya dan mencemaskan Washington, terutamanya kerana China membina kemudahan ketenteraan seperti lapangan terbang.

China berulang kali mempertahankan kerja pembinaan tersebut, mengatakan negara itu mempunyai hak untuk membina apa yang mereka anggap sebagai sebahagian dari wilayah China. Negara itu juga berkata ia membina kemudahan awam, seperti stesen cuaca dan pelabuhan berlindung taufan di situ.

Dalam suatu laporan ringkas, People’s Liberation Army Daily berkata tugu itu dilancarkan pada Isnin di Reef Cross Reef di Kepulauan Spratly. China telah membina satu landasan udara dan kemudahan ketenteraan yang lain di sana.

Tugu China itu menghantar mesej mengenai keazaman China melindungi wilayah dan hak maritimnya, jelas laporan ringkas itu.

China baru-baru ini menjalankan latihan ketenteraan yang besar di Laut China Selatan. Bagaimanapun Vietnam, Filipina, Malaysia dan Brunei mempertikaikan tuntutan China itu. Taiwan juga menuntut sebahagian besar laut itu.

Pembinaan pulau-pulau buatan dan kemudahan ketenteraan China di Laut China Selatan telah mencetuskan kebimbangan bahawa ia bertujuan untuk menyekat pergerakan bebas dan memperluas jangkauan strategik negara itu. Setiap tahun, dagangan bernilai AS$ 3 trilion melalui laut itu.

Amerika Syarikat telah menjalankan "kebebasan melakukan pelayaran rondaan" (freedom of navigation patrols) di Laut China Selatan. Hal tersebut menimbulkan ketegangan dengan China yang mengatakan negara itu akan melindungi kedaulatan lautannya.

-Reuters

Lihat Komen
ADS