Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Indeks Kebebasan Media: M'sia jatuh satu anak tangga
Diterbitkan:  Apr 25, 2018 4:15 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

Malaysia menduduki tempat ke-145 daripada 180 negara dalam World Press Freedom 2018, jatuh satu tangga berbanding tahun lalu.

Skor bagi negara ini pula ialah 47.41- jumlah yang bertambah buruk daripada tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 0.52.

Skor yang tinggi menunjukkan kebebasan akhbar merosot mengikut indeks.

"Beberapa pindaan yang dicadangkan akan menguatkan lagi Akta Rahsia Rasmi - sebuah akta yang drakonian serta Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Ia menimbulkan ancaman tambahan terhadap kebebasan media di Malaysia bagi membuat liputan pilihan raya umum 2018.

"Para penulis blog dipantau oleh pihak berkuasa yang boleh mendakwa mereka kerana menyebarkan 'berita palsu'- satu ungkapan halus kerana mengkritik kerajaan," kata laporan Indeks Kebebasan Media 2018.

Indeks itu merupakan satu gambaran tahunan secara global mengenai kebebasan akhbar yang datanya disusun oleh kumpulan pemantau antarabangsa Wartawan Tanpa Sempadan (RSF).

Kedudukan semasa Malaysia jatuh bawah negara seperti Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Venezuela dan Kemboja.

Bagaimanapun, kedudukan Malaysia di tempat ke-145 meletakkan negara ini di hadapan Bangladesh, Mexico, Rusia, Singapura dan Vietnam.

Lima negara teratas kebanyakannya dari negara Scandinavia seperti Norway, Sweden, Netherland, Finland dan Switzerland.

Lima negara berada di kedudukan paling rendah dalam laporan terbaru itu ialah China, Syria, Turkmenistan, Eritrea dan Korea Utara yang kedudukannya tidak berubah.

[Baca berita asal] 

Lihat Komen
ADS