Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PRU14 | Kira-kira 24 jam sebelum hari penamaan, calon PKR Port Dickson, satu-satunya kerusi parlimen parti itu di Port Dickson dijangka bertukar.

Rosman Jonet yang telah menerima watikah (surat pelantikan) daripada kepimpinan parti untuk bertanding bagi kerusi itu tidak layak bertanding berdasarkan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini kerana Rosman, yang mempertahankan kerusi DUN Linggi bagi pihak PKR dalam pilihan raya umum lepas (PRU13), tidak mengemukakan laporan kepada SPR untuk menjelaskan perbelanjaan pilihan raya, kata Pengerusi HARAPAN Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

"Calon itu tidak hantar laporan kewangan selepas pilihanraya (PRU13) kepada SPR.

"Ada satu calon(untuk penggantian. Tapi saya tak kenal dia. Yang (Presiden PKR) Datuk Seri Wan Azizah (Wan Ismail) hantarlah," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini kubu kuat MIC

Hari penamaan calon PRU14 akan berlangsung besok, 28 April, manakala hari pengundian jatuh pada 9 Mei.

Parlimen Port Dickson, sebelum ini dikenali sebagai Teluk Kemang merupakan kubu kuat MIC.

Pada pilihan raya umum 2008, Datuk Kamarul Baharin Abbas daripada PKR menang kerusi tersebut PKR buat pertama kalinya dan beliau mempertahankan kerusi itu dengan majoriti tipis sebanyak 1579 undi pada PRU13.

Bagaimanapun, PKR tidak meletakkan Kamarul (gambar) bertanding pada pilihan raya kali ini.

BN pula berhasrat untuk menawan semula kerusi itu dengan meletakkan Datuk Mogan Velayatham, yang kalah kepada Kamarul pada pilihan raya umum PRU13.

Presiden BN Datuk Seri Najib Razak juga berikrar gabungan itu akan mengambil alih kerusi tersebut selepas sepuluh tahun.

Terdapat lima kerusi DUN di bawah Parlimen Pork Dickson iaitu Chuah, Lukut, Bagan Pinang, Linggi, Sri Tanjung.

Hanya beberapa hari lalu, kepimpinan pusat PKR memutuskan untuk menggantikan ADUN Chuah, Chai Tong Chai dengan Naib Ketua Bahagian Bahagian Port Dickson, Yew Diew Ching.

Penggantian itu menimbulkan ketidakpuasan di kalangan akar umbi di Port Dickson.

Masih belum jelas lagi jika perubahan dalam calon Parlimen Port Dickson akan terus melemahkan peluang PKR mempertahankan kerusi itu.

Mengikut data pilihan raya bagi PRU13, komposisi etnik daftar pemilih Port Dickson terdiri daripada 42 peratus Melayu, 34 peratus Cina, 21 peratus India dan 3 peratus daripada kumpulan etnik lain.

 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS