Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS hilang K'tan? Kajian kami lebih 'berpijak' - Hadi
Diterbitkan:  Apr 27, 2018 9:29 PM
Dikemaskini: 1:36 PM

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata mereka mempunyai kajian sendiri yang menunjukkan parti itu akan mengekalkan kemenangan hampir tiga dekad di Kelantan.

Belau berkata demikian ketika ditanya berkaitan dapatan tinjauan badan bebas Merdeka Center bahawa PAS akan hilang Kelantan di tangan musuh tradisi BN.

“Mereka ada kajian, kita ada kajian kita sendiri. Kajian kita berpijak di lapangan melalui cawangan-cawangan, di peringkat kampung, di peringkat ceruk rantau.

“Kajian dia barangkali berasaskan pada telefon, simple saja.

“Sebab itu kita merasakan bahawa kajian kita lebih berpijak,” kata Hadi ketika ditanya soalan itu di Putrajaya hari ini.

Tinjauan terkini Merdeka Center menunjukkan 55 peratus pengundi Kelantan menyokong BN, berbanding 35 peratus untuk PAS dan 10 peratus untuk Pakatan Harapan.

Pengarah programnya Ibrahim Sufian berkata sokongan Melayu terhadap BN di negeri Pantai Timur itu dianggarkan 54 peratus, kira-kira peningkatan 10 peratus sejak 2013.

Justeru, katanya, walaupun tidak akan kalah di semua 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Merdeka Center menganggarkan PAS hanya mampu mengekalkan 10 hingga 20 kerusi, disebabkan banyak kerusi marjinal.

Sementara itu, Hadi bagaimanapun berkata tetap mengambil kira kajian Merdeka Center itu bagi memperbaiki kelemahan jika ada.

Lihat Komen
ADS