Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hadi: Pencalonan Nik Omar tak jejaskan PAS Kelantan

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tiada maklumat bahawa anak kedua bekas mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz bertanding sebagai calon Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, kata presiden PAS, jika benar ia tidak akan menjejaskan parti itu di Kelantan.

“Saya tak ada maklumat, maklumat awalnya yang saya dapat tidak begitu (tidak bertanding) tapi saya tak tahu yang terkini, nanti dulu kita tunggu maklumat yang betul.

“(Jika benar Nik Omar) bertanding ia tidak akan jejaskan sokongan PAS di Kelantan, ia dilihat lebih kepada undi protes yang kecil dan sedikit serta tidak menjejaskan PAS,” katanya.

Hadi berkata demikian ketika ditemui pemberita sebaik sahaja selesai menyerahkan borang penamaan calon di Pejabat Daerah Marang, bagi mempertahankan kerusi parlimen Marang sekali lagi.

Awal pagi ini, spekulasi terjawab selepas Nik Omar muncul di tempat penamaan calon Chempaka di di Dewan Teknologi Pendidikan Kelantan untuk menyerahkan borang.

Selepas ini Nik Omar menafikan beliau akan bertanding pada PRU14 kali ini kerana tidak mendapat izin ibunya.

Lihat Komen
ADS