Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lawan 'tak mencabar', Mat Sabu yakin menang bergaya
Diterbitkan:  Apr 28, 2018 1:29 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu yakin beliau akan menang bergaya di Parlimen Kota Raja menjelang pengundian PRU pada 9 Mei ini.

“Insya-Allah, menang bergaya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pencabarnya, beliau menyifatkan kedua-dua parti itu tidak mencabar.

"Kedua-dua mereka itu tidak mencabar kerana mereka berdua saling bekerjasama.

“Jadi, kita lawan yang sebetul-betulnya adalah BN," kata beliau kepada para pemberita di pusat penamaan calon di parlimen itu hari ini.

Mengulas pandangan berhubung beliau bukan calon tempatan, beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, hal itu tidak menjadi masalah.

"Lim Guan Eng itu budak Melaka (tapi) boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang," katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai kelebihan Pakatan Harapan berbanding PAS, beliau berkata HARAPAN disokong oleh semua kaum.

"Itu kelebihan utama. (Ini) kerusi campuran yang ketara, buka jelas majoriti (untuk) sesuatu kaum. Berdasarkan hal itu saya yakin," katanya.

Berhubung 'tsunami Melayu', Mohamad Sabu berkata, fenomena itu bakal memenangkan calon HARAPAN yang bertanding.

"Kita akan menang kesemualah di sini, tiga Dun 1 parti. Insya-Allah, god willing, dengan sokongan rakyat," tambah beliau.

Sebelum ini, penyandang bagi Parlimen Kota Raja adalah Dr Siti Mariah Mahmud yang kini ditempatkan di DUN Seri Serdang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS