Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PRU14 | Jika calon lain yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) lazimnya menggunakan kaedah berceramah atau mengadakan perjumpaan dengan kelompok tertentu, namun bagi calon ‘otai’ dari Pahang iaitu Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, beliau mempunyai pelbagai cara tersendiri untuk ‘menawan’ pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Bagi pengundi di situ, wakil Rakyat DUN Pelangai sejak 32 tahun lalu itu bukan sahaja dikenali sifat pemurah tetapi juga juga gemar menyumbangkan suara menghiburkan mereka dengan menyumbang pelbagai lagu klasik, Hindustan dan Tamil.

Dalam majlis pertemuan yang diadakan bersama dengan kakitangan Jabatan Penerangan Pahang, Komuniti 1Malaysia (K1M) dan masyarakat Orang Asli di Pelangai hari ini, Adnan yang telah menjadi menteri besar sejak 1999 sempat menyumbangkan empat lagu.

Aksi bersahaja beliau sebaik tiba di majlis berkenaan mendapat sorakan meriah tetamu yang hadir termasuk Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Patut bersara, terpaksa bertanding

Sementara itu, sewaktu menyampaikan ucapannya di hadapan masyarakat Orang Asli daripada kesemua 13 kampung di Parlimen Bentong, Adnan mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau sepatutnya bersara dan tidak bertanding pada PRU14 ini, namun disebabkan faktor 'tertentu' yang belum selesai beliau terpaksa bertanding sekali lagi.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai perkara berkenaan.

Pengerusi BN negeri itu juga menasihatkan pengundi untuk memilih kerajaan dengan bijak dan menyemak setiap berita yang tular supaya tidak terpedaya dengan berita palsu.

"Nak tukar kerajaan ini bukan mudah macam kita tukar pakaian," tegasnya.

Pada majlis itu, Adnan turut menyampaikan penghargaan khas kepada Komuniti 1Malaysia dan kakitangan Jabatan Penerangan, penyerahan dividen Tanam Semula Komersial RISDA kepada 54 penerima, Dana Kerajaan bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera SME Corp dan anugerah Pelajar Cemerlang Negeri Pahang.


-Bernama
 

Lihat Komen
ADS