Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kayveas ‘bertugas semula’ sebagai presiden MyPPP
Diterbitkan:  Apr 30, 2018 6:01 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

Tan Sri M Kayveas, yang dipecat dari MyPPP minggu lalu, mengisytiharkan bahawa beliau akan "bertugas semula" sebagai presiden parti.

Dalam hantaran di Instagram hari ini, ahli politik veteran itu mengumumkan bahawa beliau telah menarik balik surat peletakan jawatannya.

Ini di sebalik kenyataan Setiausaha Agung MyPPP, Datuk K Mohan bahawa parti itu telah memecat Kayveas sebelum menerima surat perletakan jawatannya.

Mohan berkata mesyuarat lembaga disiplin MyPPP pada 24 April lalu memutuskan untuk memecat Kayveas.

Beliau menambah bahawa surat peletakan jawatan Kayveas, bertarikh 23 April, hanya diterima pada 25 April.

Sementara itu, Kayveas berkata beliau menarik balik surat peletakan jawatannya kerana ia tidak "dikemukakan kepada mesyuarat majlis tertinggi secara sah" mengikut perlembagaan parti.

"Lebih-lebih lagi, memandangkan terdapat percubaan untuk merampas parti itu melalui konspirasi antara naib presiden kanan dan setiausaha agung, dan percubaan kudeta, saya akan kekal dan meneruskan tugas dan kuasa sebagai presiden yang sah...," katanya dalam sepucuk surat yang dialamatkan kepada Majlis Tertinggi MyPPP.

Surat terakhir itu bertarikh 27 April.

Berkongsi surat itu di Instagram, Kayveas berkata MyPPP perlu "dibersihkan".

Berikut salinan suratnya dalam bahasa Inggeris.

 

Sebelum ini, dilaporkan bahawa MyPPP bertindak atas arahan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas Kayveas berkeras menuntut parti itu diberikan kerusi Parlimen Cameron Highlands.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS