Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib, Dr M hadiri dua himpunan besar di KL malam ini
Diterbitkan:  May 1, 2018 12:40 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

PRU14 | Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan seteru politiknya Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual menghadiri dua perhimpunan besar secara berasingan di Kuala Lumpur malam ini.

Najib dijadualkan menghadiri perhimpunan anjuran BN di PPR Komuniti Gombak Setia di mana beliau akan berkempen untuk calon BN Wangsa Maju, Yew Teong Look.

BERSATU pula akan mengadakan ceramah di Flat Desa Pandan, di mana Mahathir dan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan hadir.

Kedua-dua acara itu dijadualkan bermula pada jam 9 malam dan hanya dipisahkan sejauh kira-kira 13 kilometer.

Ini mungkin kali pertama Najib dan Mahathir muncul dalam himpunan jarak dekat dan pemerhati akan melihat siapa akan berjaya menarik sokongan lebih besar.

Terdapat 11 kerusi parlimen di Kuala Lumpur dan BN hanya menang dua kerusi pada 2013.

BN kali ini dijangka menghadapi cabaran sengit di enam kerusi tersebut iaitu di Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.

BERSATU hanya meletakkan seorang calon di Kuala Lumpur, iaitu pemimpin sayap parti wanitanya Rina Mohd Harun yang akan berdepan Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan calon PAS Mohamad Noor Mohamad.

Lihat Komen
ADS