Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Najib takut, terkencing tengok gambar saya'
Diterbitkan:  May 1, 2018 10:59 PM
Dikemaskini: 3:18 PM

PRU14 | Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan beberapa insiden tindakan SPR yang potong buang gambar beliau sebagai sesuatu yang cukup pelik.

"Pilihan raya ini cukup pelik, gambar saya tak boleh tunjuk.

"Gambar Datuk Seri Najib, gambar Ku Nan boleh. Bila tengok gambar saya dia (Najib) takut terkencing.

"Lepas 9 hari bulan Mei ini, dia takkan tengok gambar saya lagi," kata Mahathir dalam suatu majlis ceramah HARAPAN malam ini, di Flat Desa Pandan, Parlimen Titiwangsa.

Dalam kejadian di Ayer Hitam, Johor, semalam SPR mengeluarkan gambar Dr Mahathir daripada papan iklan selepas ia dinaikkan.

Calon HARAPAN bagi kerusi Ayer Hitam, Liew Chin Tong berkata, mereka dimaklumkan bahawa papan iklan berkenaan tidak boleh mempunyai gambar Mahathir dan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya adalah supaya gambar Mahathir dipotong.

Dalam ceramah itu juga Mahathir mengakui kesilapan besar dalam hidup beliau adalah menyokong Najib menjadi perdana menteri.

"Kesalahan besar dalam nyawa saya adalah pilih Najib. Saya akan perbaiki kesilapan ini.

"Saya berusaha sedaya upaya dengan bantuan tuan-tuan dan puan-puan," katanya.

Mahathir pada penghujung ceramahnya mengucapkan terima kasih kepada para hadirin yang sanggup menunggu majlis tersebut meski pun dalam keadaan hujan

"Terima kasih, walau hujan walau terpaksa duduk atas tanah. Inilah semangat orang Malaysia. Semangat yang tak boleh dibeli datuk Datuk Seri Najib.

"Maruah tak ada nilai nak jual maruah kita. Kita akan pertahankan maruah kita," kata Mahathir lagi.

Terdapat 11 kerusi parlimen di Kuala Lumpur dan BN hanya menang dua kerusi pada 2013.

BN kali ini dijangka menghadapi cabaran sengit di enam kerusi tersebut iaitu di Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.

BERSATU hanya meletakkan seorang calon di Kuala Lumpur, iaitu pemimpin sayap parti wanitanya Rina Mohd Harun yang akan berdepan Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan calon PAS Mohamad Noor Mohamad.

Lihat Komen
ADS