PRU14 | DAP bertanding di Ayer Hitam bukan merupakan niat asal parti itu. Kerana itulah, semasa rundingan kerusi dengan rakan-rakan Pakatan Harapan, ia membayangkan kepada AMANAH kesediaannya untuk meminjam kerusi itu walaupun ia telah diperuntukkan kepada DAP.

Ditanya mengenai peluang parti itu di sana pada peringkat awalnya, sumber-sumber DAP mengakui bahawa ia adalah kerusi "sangat selamat" bagi penyandangnya dari MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Tetapi reaksi panik MCA terhadap spekulasi bahawa DAP sedang pertimbangkan untuk calonkan pemimpin kanannya menentang Wee, yang mendorong Liew Chin Tong untuk meyakinkan kepimpinan DAP, yang agak keberatan membenarkannya bertanding di Ayer Hitam.

Walaupun langkah berani Liew boleh menimbulkan rasa kagum di kalangan pengundi, namun ia tidak bermakna pertarungan di Ayer Hitam menjadi lebih mudah.

Komposisi pengundi bagi kerusi Parlimen itu terdiri daripada 58 peratus pengundi Melayu, 38 peratus pengundi Cina dan empat peratus pengundi India.

Ia termasuk kerusi negeri majoriti Cina Yong Peng, yang DAP menang dengan majoriti 2,475 undi dan kerusi negeri Semarang, yang dimenangi Umno dengan majoriti besar 8,075 undi.

Dalam situasi tersebut, Liew perlu bertumpu kepada ke kawasan Melayu di Semarang untuk meningkatkan peluang kemenangan

Tidak seperti di Yong Peng, berkempen di Semarang adalah sesuatu yang sama sekali berbeza.

Ramai pengundi di situ, terutama yang sudah berusia, tidak pernah mengundi sesiapa kecuali calon BN dan tetap setia kepada gabungan parti pemerintah.

Contohnya ialah seorang buruh Talib Abdul Hamid, yang mengadu mengenai kenaikan kos sara hidup dan dinafikan BR1M, namun berkata walau apa pun dia akan tetap menyokong BN.

"BR1M tak dapat tu yang saya mengamuk tu... Banyak orang bising tak dapat," kata Talib kepada Malaysiakini ketika ditemui di Kampung Sri Mendapat.

Talib, 55, berkata beliau tidak lagi menerima BR1M selepas dia berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (CCM) bagi pinjaman kerajaan untuk membeli sebuah lori bagi tujuan mengangkut buah kelapa sawit.

Tetapi Talib berkata tidak perlu perubahan kerajaan.


Bagi Abdullah Imoh, yang pernah berdepan kesukaran dalam kehidupannya, termasuk ketika Perang Dunia II, berkata tidak kira apa yang berlaku, keadaannya tidak akan seburuk seperti dahulu.

"Kau belum lagi jumpa zaman dulu, Zaman komunis dan British.

"Zaman komunis lagi teruk, makan apa tak ada.

"Saya dah merasa semua yang sakit, kalau kita ubah bikin apa lagi, kita kan dah senang, kita nak senang, jangan ubah lagi," kata Abdullah (gambar), yang berusia 80-an, kepada Malaysiakini di sebuah warung.

Daerah pengundian Kampung Sri Menang mengundi memihak kepada BN, yang memperoleh 774 daripada 914 undi pada pilihan raya umum lalu.

Realiti sedemikian adalah sesuatu yang membimbangkan bagi kempen Liew, tetapi masih ada harapan, jika dia dapat menarik sokongan belia Melayu di Semarang.

Beberapa pemuda Melayu yang Malaysiakini temui di Semarang dilihat sebagai pengundi atas pagar, yang lebih terbuka untuk mendengar apa yang dikatakan oleh kedua belah pihak dari segi politik.

[Baca berita penuh]