Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Calon BN Shah Alam akui hadir pada protes kepala lembu
Diterbitkan:  May 2, 2018 11:36 AM
Dikemaskini: 4:18 AM

Calon BN Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, mengakui bahawa dirinya hadir semasa protes kontroversi di mana kepala lembu dibawa ke bangunan SUK Selangor di Shah Alam pada tahun 2009.

Lembu dianggap suci oleh masyarakat Hindu.

Demonstrasi itu adalah sebaga bantahan terhadap penempatan semula kuil Sri Maha Mariamman yang berusia 150 tahun ke sebuah kawasan majoriti penduduk Islam di Shah Alam.

Bagaimanapun, Azhari berkata bahawa kehadirannya di protes itu bukan sebagai peserta tetapi sekadar menonton, lapor akhbar The Star.

"Saya berkata demikian di mahkamah. Saya sekadar pergi melihat perhimpunan itu dan tidak didakwa menghasut, hanya menyertai perhimpunan haram," katanya yang dipetik sebagai berkata ketika berkempen di pasar malam, Shah Alam.

Azhari mengulas gambar-gambar protes kepala lembu yang disebarkan di media sosial yang mengaitkan dirinya.

Beliau berkata kejadian itu berlaku sebelum beliau menjadi pengerusi Umno bahagian Shah Alam.

Laporan itu turut memetik Azhari sebagai berkata bahawa jawatankuasa kuil berkenaan telah mengundangnya untu satu perjumpaan pada Khamis ini untuk menjelaskan perkara tersebut dan meluahkan sokongan mereka terhadap beliau.

"Mereka tahu bahawa saya sekadar menonton dan bukan penganjur bantahan itu serta saya juga tidak melakukannya," katanya.

Azhari akan bertanding dalam perlawanan tiga penjuru melawan calon HARAPAN Khalid Abdul Samad dan calon PAS Mohd Zuhdi Marzuki.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS