Kaunter IC semua ibu pejabat JPN dibuka pada 9 Mei
Diterbitkan: May 2, 2018 11:53 AM | Dikemas kini: May 2, 2018 12:04 PM
Kaunter bahagian Kad Pengenalan di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya dan ibu pejabat JPN negeri di seluruh negara akan beroperasi seperti biasa pada Rabu, 9 Mei 2018.
Menurut kenyataan JPN hari ini, untuk sebarang pertanyaan lanjut orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat di talian 03-88807077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14.
- Bernama

