BN menyifatkan Tun Daim Zainuddin sebagai lidah bercadang susulan kritikannya terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam kempen Pakatan Harapan.

Mengungkit kenyataan Daim pada 2014, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN Eric See-To berkata bekas menteri kewangan itu memang pro-GST.

Malah, kata See-to, Daim mengaku mahu memperkenalkannya GST sejak 1984 lagi kerana hasil negara yang rendah.


Dalam ceramah di Pendang, Kedah, semasa tempoh berkempen ini, Daim memperolok-olokkan GST sebagai ringkasan untuk "government (kerajaan) suka tipu”

“Ini politik lidah bercabang yang tidak mengambil kira ekonomi negara akan teruk (tanpa GST),” katanya.

Bagaimanapun, See-To berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan “orang terkaya di Malaysia” itu akhirnya berkempen untuk Mahathir secara terbuka.

See-To mendakwa sebagai kawan rapat Mahathir, Daim telah mendapat banyak projek dan peluang perniagaan dari bekas perdana menteri 22 tahun itu.