Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saifuddin: BERSATU 'bawa perubahan' kempen di kubu Umno

PRU14 | Memandangkan parti serpihan Umno itu kini sekapal berkempen di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) maka ia menjadi 'pembawa perubahan' berbanding pilihan raya sebelumnya, kata calon PKR Kulim-Bandar Baharu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Dengan bantuan jentera parti itu dan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kulim-Bandar Baharu, Datuk Azimi Daim, beliau berkata kini HARAPAN boleh membuka pusat operasi di daerah pengundian yang mana beliau kalah teruk pada PRU13. Sebelumnya, kata Saifuddin beliau langsung tidak boleh berkempen terus dari pintu ke pintu rumah di kawasan tersebut.

“(Pada Ahad lalu) ketika kami berdua berkempen, saya dapat melihat kesan jentera parti daripada segi jumlah ahli dan mereka orang tempatan. Ia membantu saya menembusi kubu kuat Umno seperti di Terap yang saya kalau teruk pada pilihan raya umum lalu.

"Kemasukan BERSATU bersama HARAPAN membawa perubahan besar kepad akami, khususnya di Kulim-Bandar Baharu," beliau memberitahu Malaysiakini.

Di Terap semasa PRU13, Saifuddin mendapat 314 undi berbanding 1,018 undi kepada saingannya, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

"Satu lagi daerah mengundi yang juga saya kalah teruk di pilihanraya lepas adalah daerah mengundi Terap. Itu juga prestasi lepas, jika anda lihat data, say akalah dengan teruk.

"Tapi pilihanraya kali ini, PKR dan BERSATU dalam HARAPAN, kita telah berjaya menubuhkan bilik gerakan dan bilik gerakan ini diuruskan oleh anak-anak muda.

"Dulu saya hampir tak boleh masuk lah. Tak boleh masuk sama sekali lah. Itu saya kredit kepada Bersatu yang berjaya melebarkan pengaruh dia di situ. Kombinasi kerjasama PKR dan BERSATU itu membolehkan kami menembusi Terap,” katanya.

Secara keseluruhan, Aziz menang kerusi Kulim-Bandar Baharu dengan majoriti 1,871 undi pada PRU13 dan kini mempertahankan kerusi menentang Saifuddin dan calon PAS Hasan Abul Razak.

Parlimen tersebut merupakan kawasan separa bandar, melibatkan DUN Kulim dan DUN Bandar Baharu.

Selain jentera Bersatu, Saifuddin berkata pengaruh BERSATU juga datang daripada Azimi, yang diiktiraf pengundi Bandar Baharu sebagai bekas ADUN dan ahli exco negeri yang berkhidmat dari tahun 2004 hingga 2008.

 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS