Harga minyak kekal seminggu sebelum PRU
Diterbitkan: May 2, 2018 6:09 PM | Dikemas kini: May 2, 2018 6:12 PM
Harga runcit minyak buat minggu ini kekal seperti lima minggu sebelumnya.
Ini harga terakhir sebelum rakyat Malaysia keluar mengundi untuk PRU ke-14 pada 9 Mei ini.
Menurut pengumuman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, RON95 dan RON97 kekal pada harga RM2.20 dan RM2.47 seliter.
Harga jualan runcit diesel pula masih RM2.18 seliter.
Penetapan harga petrol dan diesel dibuat secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.