Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M disiasat atas dakwaan sebar berita palsu
Diterbitkan:  May 2, 2018 8:54 PM
Dikemaskini: 1:01 PM

PRU14 | Polis kini menyiasat Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan menyebarkan berita palsu.

Perkara ini disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim.

Beliau berkata ia salah satu daripada lapan laporan polis yang dibuat sepanjang tempoh kempen PRU ke-14 setakat ini.

"Bagi kes yang disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar itu, ia melibatkan kes mengenai dakwaan Tun Mahathir berkenaan isu sabotaj jet yang sepatutnya menerbangkan beliau ke Langkawi pada Jumaat lepas," katanya seperti dipetik bernama hari ini.

Mahathir disiasat menurut Akta Antiberita Tidak benar yang membawa hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya sekali.

Pada 27 April lalu, Mahathir tidak dapat berlepas daripada Lapangan Terbang Subang selepas tayar pesawat sewa yang sepatutnya dinaiki bocor.

Beliau kemudian menggunakan pesawat lain selepas meminta bantuan seorang kawan.

Selepas tiba di Langkawi, beliau mendakwa pesawat itu disabotaj untuk menghalangnya menghadiri penamaan calon keesokannya.

Lihat Komen
ADS