PRU14 | Walaupun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjadi sasaran hebat pihak lawannya, termasuk tuduhan rasuah dan sombong sejak memegang jawatan ketua menteri untuk penggal kedua, namun sokongan akar umbi untuknya dan bapanya, Lim Kit Siang, dilihat kekal mantap.

Ini terbukti dengan ribuan hadirin sanggup menunggu walaupun hujan dan bersorak penuh semangat apabila beliau dan Kit Siang muncul di dua ceramah Pakatan Harapan di Pulau Pinang malam tadi.

Dan walaupun sentiasa diserang oleh lawannya dari Umno, terdapat peningkatan ketara kehadiran orang Melayu di majlis dan ceramah yang diadakan di negeri-negeri lain juga.

Lim kelihatan agak yakin apabila dia berkata mungkin ada "tsunami Melayu" pada 9 Mei - hari pengundian - bagi membantu HARAPAN merampas Putrajaya dan menumbangkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Berucap di ceramah di Sekolah Han Chiang malam tadi, Lim berkata pihaknya telah melihat lebih ramai orang Melayu, lebih daripada 10,000 menghadiri ceramah HARAPAN di Johor, yang merupakan negeri kelahiran Umno.

Tambanya, terdapat juga tanda-tanda yang menggalakkan di Sabah dan Sarawak.

Dia teringat masa-masa lalu yang sukar apabila parti itu menganjukan program, yang kurang mendapat sokongan.

Katanya, mereka pernah tidak dapat masuk kampung dan pernah dihalau.

Namun, katanya, pada hari ini, HARAPAN mampu mengumpulkan 15,000 orang, contohnya di Pasir Gudang, di mana 90 peratus hadirin adalah orang Melayu.

Di Muar, Johor, padang itu dibanjiri 12,000 orang, dan di Pagoh - kubu kuat Umno - HARAPAN sendiripun terkejut apabila 10,000 orang hadir, katanya.

Menurutnya, tiada siapa yang membayar mereka untuk datang dan mereka membayar perbelanjaan mereka sendiri.

Lim berkata beliau melihat perkembangan yang serupa di Pantai Timur, sambil menegaskan bahawa peluang untuk perubahan adalah cerah sekali.

"Ini kali lah," tegas Lim yang disambut dengan laungan gemuruh hadirin: "Ubah!".

Terdahulu, kira-kira pukul 9 malam di Bukit Tengah, jumlah hadirin yang pada awalnya sekitar 3,000 meningkat dua kali ganda apabila Guan Eng dan Kit Siang tiba di tempat ceramah.

Terdapat juga terdapat peningkatan yang ketara di kalangan hadirin bukan Cina di kawasan itu, yang mempunyai 36 peratus pengundi Melayu, Cina (47%) dan India (17%).

Ramai yang datang dari pasar malam berhampiran untuk menghadiri ceramah itu, di mana dua pemimpin DAP itu hadir untuk memberi sokongan kepada calon HARAPAN Gooi Hock Seng (Bukit Tengah), Kasthurirani Patto (Batu Kawan), dan Chong Eng (Padang Lalang).

Ramai hadirin yang teruja ketika Lim dan Kit Siang, kedua-dua calon untuk Bagan dan Indera Puteri, dibawa ke pentas, dengan diiringi oleh mereka yang mengibarkan bendera PKR.

Sebaik sahaja dua beranak itu tiga di pentas, seorang artis datang menghadiah lakaran potret mereka.

Kemudian, cahaya dari ribuan telefon bimbit menerangi padang itu ketika orang ramai melaungkan dan meniup vuvuzelas dengan penuh bersemangat, menandakan harapan rakyat untuk perubahan.

Suasana itu sama, jika tidak lebih hebat pun daripada semangat yang dilihat pada tahun 2013 apabila Pakatan Rakyat memenangi undi popular (51% terhadap BN 49%) dan menafikan BN majoriti dua pertiga di Parlimen.

[Baca berita penuh]