Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Daim cadang Najib debat Mahathir isu ekonomi
Diterbitkan:  May 3, 2018 2:40 PM
Dikemaskini: 6:48 AM

PRU14 | Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengadakan debat terbuka berhubung isu ekonomi dan kewangan.

Menurut Daim, jika ia tidak dapat dilakukan, debat itu boleh diadakan antara wakil kedua-dua pemimpin berkenaan.

Daim dalam wawancara bersama Nanyang Siang Pau berkata, debat berkenaan akan membolehkan pengundi membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mereka perolehi.

"Saya percaya rakyat mahu melihat mereka berdebat," katanya.

Menurut Daim lagi, BN tidak cekap menangani isu kos sara hidup sementara pembangkang menggunakan peluang itu menyalahkan Putrajaya kerana gagal menguruskan 1MDB.

Kata Daim, beberapa pemimpin BN yang mendakwa kos hidup di Malaysia lebih rendah berbanding Singapura tidak akan menenangkan pengundi.

"Ramai orang kampung mengadu tentang GST. Jika anda pergi kampung dan kata inflasi hanya 3 peratus, saya rasa anda akan kena halau," katanya.

Menurutnya, meskipun BN percaya BR1M mengurangkan tekanan kos sara hidup, pemberiah wang tunai tidak dapat menangani kesan GST.

Kata Daim, perbualan hariannya dengan rakyat Malaysia menunjukkan keluhan utama adalah inflasi, 1MDB, selain isu MARA, Felda, Tabung Haji, kejatuhan nilai ringgit dan pengangguran di kalangan graduan.

"Apa akibat dari semua keluhan ini kita tidak tahu. Saya cuma boleh kata BN tidak begitu peka dengan pendekatan yang diambil bagi menangani masalah ini," katanya.

Melayu tak puas hati

Tambah Daim, BN perlu jelaskan kenapa rakyat Malaysia boleh hidup tanpa GST untuk 57 tahun sedangkan akibat yang dirasakan dari GST dirasakan dalam tiga tahun selepas cukai itu diperkenalkan.

Mengulas janji HARAPAN yang mahu mamansuhkan GST, kata Daim, ia dapat dilakukan sekiranya kerajaan baru berjaya membanteras rasuah.

Dalam wawancara itu, Daim turut menyentuh tentang pengundi Melayu termasuklah isu Tabung Haji, Mara dan Felda. Daim berpendapat banyak isu yang tak selesai menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat.

"Saya diberitahu bahawa generasi kedua Felda sangat marah. Saya pernah nasihatkan kerajaan agar tidak senaraikan Felda Global Ventures.

"Tapi bila anda tidak berada dalam kerajaa, siapa akan dengar? Pencarum Tabung Haji juga tidak gembira dengan situasi ketika ini.

"Kita dapat lihat rasa tidak puas hati itu pada sokongan Umno di kalangan luar bandar pada 2008. Pada 2013, ia menjadi semakin parah.

"Saya tidak pasti berapa besar kesannya kali ini," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS