Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PRU14 | Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Pakatan Harapan terdesak sehingga menggunakan anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun, kata Abdul Hadi, anggota PAS tidak akan terikut-ikut dengan perkembangan itu.

"Mereka dalam keadaan yang sangat terdesak sehingga guna anak pemimpin (PAS). Orang PAS tak akan ikut pemimpin yang keluar parti.

"Dulu pada tahun 50-an Ahmad Fuad (Hassan), presiden PAS, keluar (parti). (Bekas presiden PAS) Datuk Asri (Muda) pernah keluar.

"(Tapi) PAS terus berkembang. Ini menunjukkan PAS tak terikut dengan individu," katanya pada sidang media selepas bersama penduduk di Paya Jaras, Sungai Buloh.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada tindakan Nik Omar yang dilihat turut berkempen bagi pihak HARAPAN di Lembah Klang akan menjejaskan undi PAS.

Kerah orang bersara

Mengulas lanjut Abdul Hadi berkata akar umbi PAS telah dididik supaya kekal bersama parti dan tidak mengikut mana-mana individu. 

"Orang PAS, dia mengikut parti bukan ikut orang. Kalau orang itu pindah parti, dia (anggota PAS) tetap dengan parti juga. 

"Ini yang kita berjaya didik orang PAS," kata calon PAS parlimen Marang itu. 
Ditanya mengenai bekas menteri kabinet Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rais Yatim yang dilihat membantu HARAPAN, ABdul Hadi menyifatkan ia juga sebagai tindakan terdesak. 

"Pandangan saya ia menunjukkan HARAPAN sangat terdesak. 

"Tepaksa kerah orang yang telah bersara untuk kempen untuk dia," kata Hadi lagi. 

Lihat Komen
ADS