Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Machap Baru: Harapan terbaik PKR menang kerusi pertama di Melaka

Di kawasan pedalaman di Melaka, kampung-kampung Melayu yang berselang-seli dengan penempatan masyarakat Cina dan India adalah pemandangan lazim.

Sejak kemerdekaan, pembangkang tidak pernah menang di kawasan luar bandar dan pengaruh kecilnya selama beberapa dekad hanya terbatas di pusat-pusat bandar.

Tetapi ini mungkin berubahtidak lama lagi jika calon PKR Ginie Lim yang bertanding di Machap Jaya - yang terdiri daripada beberapa pekan kecil, penempatan Felda dan diliputi oleh ladang getah dan kelapa sawit yang luas - berjaya menawan kerusi itu.

Jika dia menang, ini bukan sahaja kerusi luar bandar pertama pembangkang tetapi juga kerusi DUN pertama PKR di Melaka.

Lawan Lim, calon MCA Datuk Seri Koh Nai Kwong dilaporkan tidak puas hati bahawa dia dipindahkan dari kerusi Parlimen Alor Gajah ke kerusi DUN Machap Jaya, untuk memberi laluan kepada setiausaha politik kepada perdana menteri Datuk Seri Wong Nai Chee.

Machap Jaya adalah kerusi negeri di bawah Parlimen Alor Gajah.

Secara terbuka, Lim melabelkan Koh sebagai “calon yang terpaksa” tetapi secara peribadi, dia mengakui Koh amat dikenali dan disenangi di kalangan penduduk setempat.

Pemimpin Umno dan MIC tempatan juga dilaporkan membantah bagi pihaknya ketika Koh dipindahkan ke Machap Baru.

"Kami menjadi bimbang apabila Koh diumumkan sebagai calon BN (di Machap Jaya) kerana dia sangat popular di sini," akui sumber PKR, yang adalah sebahagian daripada pasukan kempen Lim.

Koh menang di Alor Gajah dengan majoriti 11,597 undi, majoriti tertinggi yang diperolehi daripada semua kerusi MCA pada pilihan raya lalu.

Koh amat dikenali dan disenangi oleh penduduk tempatan, kata ketua kampung Machap Baru, Michael Tai kerana dia sering dilihat membantu mereka dengan pelbagai masalah baik besar mahupun kecil.

"Dia sudah berkhidmat bertahun-tahun. Apa-apa masalah, besar atau kecil, dia akan datang secara peribadi untuk selesaikan masalah itu.

"Setiap bulan dia akan memberi bantuan keperluan asas kepada ibu tunggal, keluarga miskin dan sebagainya," kata Tai, yang secara terbuka mengakui adalah penyokong Koh kepada Malaysiakini.

Tetapi Lim juga bukan calon yang tidak mempunyai populariti sendiri di Machap Jaya. Usaha kerasnya berkhidmat di kawasan berkenaan meskipun kalah dua kali di kerusi itu sejak 2008 mula membuahkan hasil.

Seamasa kunjungannya di Machap Bestari, sebuah kawasan kediaman baru yang ditubuhkan kira-kira dua tahun yang lalu, ramai penduduk di sana menyapa Lim seperti seorang sahabat lama.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS