Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Arul Kanda: 1MDB tak saman media a'bangsa sebab kes belum selesai

PRU14 | Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata syarikat itu tidak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa media antara bangsa yang didakwa mencemarkan nama baik negara dengan laporan negatif mengenai isu 1MDB.

Arul Kanda berkata secara umumnya, media hanya melaporkan perkara itu berasaskan maklumat daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) yang bermula sebagai saman sivil terhadap 1MDB pada 2016.

"Selagi tidak ada keputusan kes tersebut, kita tidak boleh katakan samada perkara berkenaan benar atau salah. Kita tidak tahu, maklumat yang disediakan DOJ mungkin betul atau mungkin salah.

"Apa yang cuba saya sampaikan, jangan buat spekulasi selagi prosiding mahkamah belum bermula. Kita tidak boleh menyaman mereka selagi tiada keputusan dalam kes ini," katanya pada suatu majlis dialog di sebuah politeknik di Pulau Pinang.

Kira-kira 400 orang hadir sesi penerangan beliau, kebanyakannya kakitangan awam. Calon BN Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Helmi Yahya dan calon BN DUN Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad serta pemimpin Umno Datuk Lokman Adam.

Anggota-anggota parlimen pembangkang sering kali membangkitkan hal saman media antarabangsa ini. Antaranya desakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan syarikat 1MDB untuk menyaman laporan yang disiarkan dalam majalah Indonesia Tempo dan laporan lain dan dokumentari pendek mengenai 1MDB yang disiarkan oleh CNBC dan Perbadanan Penyiaran British.

Dalam majlis itu juga, Arul membidas pemimpin PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa beliau menjadi alat kempen BN.

"Saya bukan hanya alat. Tapi alat yang kuat," katanya berjenaka sambil menjelaskan tidak perlu berdebat dengan pemimpin HARAPAN mengenai isu 1MDB.

"Tak perlu buang masa berdebat dengan Rafizi, Tony Pua," katanya lagi.

Perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak, mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB sehingga 2016. Syarikat itu disiasat di beberapa negara, termasuk Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat.

Ketika majlis sesi penerangan 1MDB itu berlangsung, Malaysiakini bertanya jika Arul Kanda mahu menghantar pesanan kepada ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low untuk pulang ke kampung halamannya, memandangkan CEO 1MDB itu mengakui mengenali Low.

"Saya tidak kenal dia dan dia bukan kawan saya tetapi saya pernah berjumpa dengannya sebelum ini," kata Arul Kanda.

"Idea yang baik untuk melaporkan perkara ini, mungkin dia (Jho Low) boleh membaca tentangnya dan memberi jawapan mengenai cadangan supaya beliau pulang," tambah Arul Kanda.

Arul Kanda menegaskan beliau pernah bertemu Jho Low, yang mempunyai urusan dengan ahli perniagaan Arab.

Arul Kanda pernah bekerja di sebuah bank di Timur Tengah pada tahun 2011, tetapi menafikan pernah mempunyai urusan perniagaan dengan Jho Low.

 

 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS